Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme c2

Realme C2 Ditawarkan Dengan Harga RM349 Pada 5 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 2, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi meraikan bulan kemerdekaan ini, Realme Malaysia bakal tampil menawarkan potongan harga bagi Realme C2 tidak lama lagi.

Merupakan sebuah peranti kelas permulaan, Realme C2 telah diletakkan pada harga RM429 sewaktu dilancarkan dan melalui kolaborasi dengan Shopee bersempena Merdeka Sales, ia akan ditawarkan pada nilai RM349.

realme Day

Harga jualan tersebut hanya akan diberikan pada satu hari sahaja yakni 5 Ogos 2019 dimana 50 pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM59.90 berupa botol air Realme serta kad SD 32GB.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Realme C2 bolehlah mendapatkannya dari Shopee pada 5 Ogos depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY