Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
antutu

Antutu Keluarkan 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Februari

Diterbitkan Mac 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sudah seminggu bulan Februari 2020 berakhir dan kini tiba masanya Antutu mengeluarkan laporan bulanan mereka.

Melalui data yang dikumpul dari 1 Februari  sehingga 29 Februari, sebanyak 10 model peranti telah disenaraikan sebagai berprestasi tinggi.

Senarai ini dibahagikan kepada dua kelas iaitu flagship dan pertengahan.  Nilai yang diberikan adalah skor purata yang diperoleh sepanjang tempoh sebulan pengumpulan data dijalankan.

Sepanjang Februari lepas, ROG Phone 2 kekal mengungguli tangga pertama dengan skor purata 507,284. Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 855+.

antutu february

Di tangga kedua dan ketiga pula diduduki OnePlus 7T dan realme X2 Pro yang mana masing-masing turut dilengkapi Snapdragon 855+.

Tiada peranti Snapdragon 865 didalam senarai bulan lalu dimana ia akan membuat kemunculan untuk bulan Mac ini.

Bagi kelas pertengahan pula, tidak banyak perubahan berlaku dimana Redmi Note 8 Pro masih berada ditangga teratas. Peranti dengan MediaTek Helio G90T ini memperoleh skor purata 291,733.

Antutu Keluarkan 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Februari

Berada dibawahnya adalah Galaxy A71 yang merupakan peranti terbaru keluaran Samsung. Menggunapakai Snapdragon 730, kemampuan cip ini untuk kelas pertengahan bukan sesuatu yang memeranjatkan. Tangga keempat turut memperlihatkan peranti dengan cip sama melalui model Mi 9T.

Bagi carta Februari 2020 kelas pertengahan, cip Qualcomm mendominasi senarai dengan hanya dua sahaja cip lain iaitu MediaTek dan Exynos.

Sumber: Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY