Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Mix 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh 2 Jam Sahaja

Xiaomi Mi Mix 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh 2 Jam Sahaja

Diterbitkan Julai 11, 2019 · Dikemas kini Julai 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Jenama yang selalu membawakan peranti dengan harga berbaloi bersama spesifikasi baik, Xiaomi, kini hadir dengan promosi potongan harga bagi beberapa peranti terpilih. Menerusi Lazada Mid-Year Festival yang akan berlangsung pada 12 Julai 2019, Mi Mix 2S, Redmi Note 7 dan Mi Band 3 bakal ditawarkan lebih murah berbanding harga semasa. Potongan harga ini hanya ditawarkan bermula dari (12 Julai 2019) 12 tengah malam ini sehingga pukul 2 pagi.

  • Mi Mix 2s – RM999  (harga rasmi RM1799)
  • Redmi Note 7 dengan LazadaCare Plus – RM799
  • Mi Band 3 – RM99 (harga rasmi RM129)

Selain daripada itu, promosi lain yang boleh didapati sepanjang 12 Julai 2019 adalah:

  • Mi 9T dengan LazadaCare Plus – RM1199
  • Mi Robot Vacuum Cleaner – RM999 (harga rasmi RM1199)
  • Mi 9 (6GB+64GB – RM1699) / (6GB+128GB – RM1999) disertakan secara percuma dengan pengecas tanpa wayar (20W) yang bernilai RM149
  • Mi Dash Cam – RM199 (RM249)
  • Mi Power Bank 2S 10,000mAh – RM49 (RM79)
  • Mi Action Camera 4K –RM399 (RM509)

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang dibuat Xiaomi bersempena dengan Lazada Mid-Year Festival ini, boleh ikuti Xiaomi Flagship Store di Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY