Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Sedia Platform Jual Beli Barangan

Facebook Sedia Platform Jual Beli Barangan

Diterbitkan Oktober 5, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Facebook Sedia Platform Jual Beli Barangan

Facebook merupakan sebuah rangkaian media sosial yang mempunyai pengguna teramai di dunia. Tahun demi tahun jumlah pengguna Facebook semakin bertambah. Ia bukan sekadar medium untuk bertanya khabar tetapi sudah ramai yang menjalankan perniagaan secara atas talian menggunakan Facebook. Disebabkan itu syarikat itu mengambil langkah dengan menyediakan platform jual beli yang akan digunakan pengguna untuk membeli ataupun menjual barangan dengan pengguna lain yang berdekatan.

Pengguna hanya perlu menyentuh ikon “kedai” pada bahagian bawah aplikasi Facebook dan boleh mula mencari barangan yang ingin dicari. Platform yang dikenali sebagai Marketplace itu mampu membantu anda mencari barangan yang dijual pengguna lain yang berada di kawasan yang berdekatan.

Servis Marketplace hanyalah sebuah platform yang membantu penjual dan pembeli berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan mesej dan Facebook tidak menyediakan servis membuat bayaran mahupun penghantaran.

Facebook Sedia Platform Jual Beli Barangan

Di bawah adalah cara-cara memuat naik jualan anda pada Facebook Marketplace:

  • Ambil gambar barangan anda
  • Senaraikan nama produk, keterangan tentang produk dan harga jualan
  • Tetapkan lokasi
  • Muat naik
Buat masa ini Marketplace hanya boleh digunakan di 4 negara, Amerika Syarikat, UK, Australia, dan New Zealand. Servis ini bakal di kembangkan ke negara-negara lain pada suatu tarikh yang tidak diumumkan lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY