Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Investor Day 2026 Morning Presentation

Spotify Bakal Lancar Lencana Khas Bagi Mengesan Muzik AI

Diterbitkan Ogos 12, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi perkhidmatan penstriman, Spotify, pada Selasa mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan lencana baharu “Persona AI” (AI Persona) pada pertengahan September ini bagi mengenalpasti pengeluar kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan bukannya manusia sebenar.

“Pendengar telah menyampaikan mesej yang jelas kepada kami bahawa mereka tidak suka melihat profil artis yang kelihatan seperti manusia, tetapi akhirnya mendapati bahawa persona tersebut sebenarnya dijana oleh AI,” kata Spotify dalam satu kenyataan.

Langkah ini merupakan usaha terbaharu syarikat dari Sweden itu untuk lebih telus mengenai bagaimana muzik di platformnya dihasilkan, di tengah-tengah kebimbangan yang kian meningkat di seluruh industri muzik berhubung lambakan kandungan janaan AI yang membanjiri katalog penstriman.
Pada April lalu, syarikat itu telah melancarkan lencana “Verified by Spotify” (Disahkan oleh Spotify), yang menandakan bahawa sesebuah profil telah disemak dan memenuhi piawaian ketulenan yang ditetapkan.

“Bersama-sama dengan profil artis yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Persona AI, kami juga akan mula meletakkan lencana berkenaan pada profil yang berkaitan,” kata syarikat itu.

Spotify tidak akan memasukkan Persona AI dalam syor editorial atau syor peribadi, melainkan jika pengguna itu sendiri memilih untuk mengikut (follow) Persona AI tersebut, katanya. – AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY