Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia

Sebab Ekonomi Yang Merosot, Spotify Juga Akan Berhentikan Sebilangan Pekerja Mereka

Diterbitkan Januari 25, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Syarikat Spotify memiliki lebih daripada 9,800 bilangan pekerja sepenuh masa berdasarkan laporan mereka yang terakhir.

Kini, CEO syarikat tersebut, Daniel Ek telah mengumumkan bahawa beliau akan memberhentikan 6% daripada tenaga kerjanya secara global.

Ini bermaksud pemecatan tersebut akan memberi kesan kepada 600 orang pekerja dan ke bawah sahaja.

Kegawatan Ekonomi Global, Ini Antara ‘Gergasi’ Teknologi Yang TerkesanSpotify merupakan syarikat teknologi terkini yang memotong bilangan tenaga kerjanya oleh kerana kemerosotan ekonomi global.

Tujuan pemecatan ini adalah kerana Daniel Ek membentuk semula struktur organisasi syarikat tersebut.

Pembentukkan semula ini akan mengurangkan kos dan mempercepatkan proses dalam membuat keputusan.

Berkaitan

  • Putaran Teras Bumi Didakwa Terhenti Kemudian Bertukar Arah
  • Rekod Dunia Guinness Iktiraf Kerugian Dialami Elon Musk
  • Cip Khas Snapdragon Didakwa Akan Terus Menguasakan Samsung Galaxy Pada Tahun Depan
  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini
  • Aplikasi Natif WhatsApp Untuk macOS Sedia Dimuat Turun Sekarang

Pekerja-pekerja yang terkesan akan dimaklumkan serta syarikat itu akan masih menanggung kos penjagaan kesihatan mereka selama 5 bulan.

Syarikat Spotify sebelum ini hanya fokus kepada perkembangan servis mereka daripada pulangan.

Untuk beberapa tahun ini, Spotify telah melabur sepenuhnya pada bahagian audio siar (podcast) dan buku audio dengan harapan untuk menarik minat pengguna.

Oleh itu, aplikasi penstriman ini telah memiliki 195 juta pelanggan premium dan 456 juta pengguna bulanan yang aktif.

Selain daripada Spotify, terdapat beberapa syarikat teknologi lain yang melakukan perkara yang sama juga seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta.

Sumber: TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
©2026 WISER.MY