Sportify | Bersukan Dengan Lebih Mudah

"Nampak sama, tapi bukan dia". Mungkin ada yang akan terkeliru Sportify dengan aplikasi strim muzik terkenal Spotify. Sportify adalah sebuah aplikasi yang direka khas untuk menghubungkan pengguna yang gemar bersukan. Pengguna boleh mengendalikan permainan, menyertai permainan dan juga menempah gelanggang permainan dengan hanya beberapa sentuhan di aplikasi tersebut.

whatsapp-image-2016-11-24-at-7-30-24-pm-1

Aplikasi ini merupakan jalan penyelesaian kepada masalah "nak main dekat mana?", "siapa nak pi tempah?", "harga court sejam berapa?", "tempat lain ada tak?", dan pelbagai soalan-soalan tipikal lain. Buat masa ini, aplikasi ini hanya beroperasi pada platform iOS sahaja dan dikhabarkan ia bakal hadir untuk Android pada hujung tahun ini atau awal 2017.

whatsapp-image-2016-11-24-at-7-30-24-pm

Sportify sangat mudah digunakan. Pertama sekali anda perlu memilih tempat bermain  dari senarai yang telah disediakan. Terdapat beberapa foto gelanggang tersebut beserta harga tertera sebelum anda mula menempah. Selepas itu anda boleh menempah dan membuat bayaran menggunakan kad kredit (hanya bayaran kad kredit diterima buat masa ini). Jika anda tidak mempunyai teman yang cukup untuk bermain, anda boleh menjemput pengguna lain bermain bersama anda. Untuk peringkat permulaan, hanya sukan futsal dan badminton yang boleh diakses. Syarikat itu menyatakan yang mereka akan menambah beberapa sukan lain seperti golf, bola keranjang, tenis dan juga ping-pong.

Pada upacara pelancaran, turut diperkenalkan adalah rakan rasmi aplikasi ini. Ia akan memberi peluang kepada rakan rasmi beroperasi dengan lebih efisien dengan sistem tempahan yang teratur dan kemas.

Diharapkan Sportify dapat mennyediakan aplikasi ini untuk platform Android secepat yang mungkin kerana ia aplikasi yang sangat menarik.

whatsapp-image-2016-11-24-at-7-30-19-pm

whatsapp-image-2016-11-24-at-7-30-18-pm

whatsapp-image-2016-11-24-at-7-56-14-pm

Pengguna iOS boleh mula muat turun aplikasi Sportify di sini

Sumber: Pokde.net