realme C17 Pula Mula Disebut-Sebut, Bawakan Cip Snapdragon 460 Dengan 6GB RAM

Siri C dalam realme nampaknya betul-betul murah rezeki. Setelah terberanak 4 model bermula dari C3, C11, C12, dan C15, realme masih mahu menambah lagi model dinamakan realme C17.

Jika berpandukan dari nama dan maklumat yang muncul, realme C17 ini bakal menjadi model dalam siri C yang paling berkuasa.

Dikesan melalui laman Geekbench, ia membawakan cip Snapdragon 460 dan juga 6GB RAM, iaitu jumlah RAM paling besar setakat ini untuk siri C.

Kapsyen: Maklumat CPU dan RAM realme C17


Masih banyak lagi maklumat mengenai telefon pintar ini seperti bateri, pengecasan, skrin dan yang paling penting adalah rupa bentuknya.

Maklumat lanjut mengenai realme C17 ini mungkin akan dikongsi dengan lebih banyak pada minggu-minggu akan datang menjelang tarikh pelancarannya.

Dari: Nashville Chatter Class

*Imej utama artikel: realme C12

Berkaitan