Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesifikasi Rasmi Belum Lengkap Nokia X6  Akhirnya Diketahui Umum

Spesifikasi Rasmi Belum Lengkap Nokia X6 Akhirnya Diketahui Umum

Diterbitkan Mei 10, 2018 oleh Haikel Areff

HMD Global sebelum ini telah mengumumkan bahawa peranti Nokia X6 atau juga dikenali sebagai Nokia X bakal dilancarkan di China pada 16 Mei ini. Dan kini, spesifikasi rasmi peranti ini telah pun didedahkan untuk pengetahuan umum oleh TENAA.  Peranti ini merupakan peranti pertama Nokia yang akan menggunakan reka bentuk bertakuk yang sangat popular ketika ini.

Nokia X6 ini akan menggunakan sistem operasi Android 8.1 dan disokong oleh tiga variasi memori iaitu 3GB, 4GB dan 6gb RAM. Dari segi paparan pula, peranti ini akan hadir dengan skrin beresolusi FHD+ dengan saiz sebesar 5.8 inci. Peranti ini akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3000 mAh yang dikatakan sedikit kecil jika dibandingkan dengan peranti-peranti terkini yang lain.

Dari segi ruang storan pula, Nokia X6 dilaporkan akan mempunyai mempunyai dua pilihan variasi ROM iaitu 32GB dan 64GB. Selain itu, peranti ini turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 128GB untuk digunakan sebagai storan tambahan oleh pengguna.

Spesifikasi Rasmi Belum Lengkap Nokia X6  Akhirnya Diketahui Umum

Kamera utama Nokia X6 ini merupakan dwi-kamera yang mana lensa utamanya menggunakan lensa 16MP, namun maklumat berkenaan lensa yang kedua masih belum dinyatakan. Seterusnya, kamera hadapan peranti in pula bakal menggunakan lensa 16MP. Maklumat berkenaan cip pemprosesan juga masih belum diketahui.

Maklumat penuh berkenaan peranti ini akan dapat diketahui pada hari pelancaran rasminya pada 16 Mei kelak. Teruskan mengikuti laman sesawang Nokia untuk info terkini berkenaan Nokia X atau X6 ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY