Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Spesifikasi Penuh Xiaomi 17T, Xiaomi 17T Pro Didakwa Tertiris

Posted on Mei 5, 2026Mei 5, 2026

Selepas muncul dalam pelbagai pensijilan dan penyenaraian, spesifikasi penuh serta rekaan Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro kini telah tertiris.

Menurut laporan WinFuture, rekaan Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro menampilkan sedikit perubahan pada modul kamera di bahagian belakang. Kedua-duanya ditawarkan dalam pilihan warna Blue, Black dan Purple. Model standard menggunakan bingkai plastik, manakala varian Pro hadir dengan bingkai logam yang lebih premium dan berkualiti tinggi.

Xiaomi 17T dilengkapi skrin 6.59-inci dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1.5K. Ia dijangka dikuasakan cip Dimensity 8500 Ultra bersama 12GB RAM dan storan sehingga 512GB.

rekaan Xiaomi 17T yang didakwa tertiris

Model ini turut menawarkan tetapan tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP Light Fusion 800, 12MP ultra lebar serta 50MP telefoto dengan 5x zum optikal. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 32MP. Ia juga dilengkapi bateri 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, selain menyokong Wi-Fi 6E dan NFC.

Bagi Xiaomi 17T Pro pula, ia dijangka dikuasakan cip Dimensity 9500 yang mempunyai lapan teras CPU, dengan satu daripadanya mencapai kelajuan sehingga 4.21GHz. Peranti ini tampil dengan skrin 6.83-inci bersama sokongan kadar segar semula 144Hz.

rekaan Xiaomi 17T Pro yang didakwa tertiris

Untuk bateri, Xiaomi 17T Pro dilaporkan hadir dengan kapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Kamera utama dijangka menggunakan sensor 50MP Light Fusion 950, manakala konfigurasi kamera lain serta kamera hadapan kekal sama seperti model standard.

Perlu diketahui bahawa semua spesifikasi ini hanya berdasarkan maklumat yang tertiris. Perincian rasmi hanya akan diketahui selepas pelancaran diumumkan, dan setakat ini tarikh pelancarannya masih belum didedahkan.

Sementara itu, di Malaysia, hanya model Xiaomi 17T Pro yang dikesan tersenarai dalam SIRIM setakat ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress