Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Leak ROG 8_4

Ini Spesifikasi Penuh ROG Phone 8 Yang Didakwa Tertiris

Diterbitkan Disember 16, 2023 · Dikemas kini Disember 16, 2023 oleh Amalina Athman

ASUS telah pun mengesahkan ROG Phone 8 akan dilancarkan di acara CES 2024, pada 9 Januari 2024. Melalui blind test kamera yang dijalankan baru-baru ini, ASUS juga telah mendedahkan rekaan panel belakang ROG Phone 8.

Kini, spesifikasi penuh ASUS ROG Phone 8 dan Phone 8 Pro pula dilaporkan tertiris menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Skor Geekbench Asus ROG Phone 8 Ultimate Didedahkan
  • ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Baharu Dilancarkan, Dikuasakan Intel Core Ultra

Spesifikasi tertiris ROG Phone 8 & 8 Pro

Menurut Windows Report, kedua-dua model akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz.

Leak ROG 8_1

Dua model ROG Phone 8 akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. ROG Phone 8 mempunyai sokongan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5x bersama 256GB storan UFS 4.0, manakala versi Pro dengan 24GB RAM dan sehingga 1TB storan.

Untuk tetapan kamera, ROG Phone 8 Pro dilapor akan dimuatkan tiga kamera dengan 50MP utama (Sony IMX890), 13MP ultra-lebar dan 32MP telefoto dengan 3x zum optikal. Paparan berlubang di hadapan akan menempatkan kamera swafoto 32MP.

Kedua-dua model ini akan menjalankan ROG UI yang berasaskan Android 14. Antara lainnya, ia dijangka mempunyai sokongan penarafan IP68, kapasiti bateri 5,500mAh, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, NFC dan sebagainya.

Rekaan

Leak ROG 8_2

Sebelum ini, kebanyakan barisan ASUS ROG lebih menonjol dengan lampu RGB yang banyak, berbentuk futuristik serta ergonomik yang dikhususkan untuk permainan.

Tetapi untuk 2024, ASUS mengambil pendekatan yang berbeza. Ia menjadikan ROG Phone 8 dan 8 Pro lebih mudah didekati bukan sahaja pemain, malah untuk pengguna biasa.

Dengan rekaan yang lebih ‘trendy’, ia menampilkan reka bentuk dengan bucu yang sedikit melengkung serta bahagian tepi yang rata. Bahagian hadapan juga dimuatkan dengan paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

Leak ROG 8_3

Selain itu, bonggol kamera kini berwajah baharu, dengan menempatkan tiga kamera.

Aksesori

Walaupun rekaannya tidak terlalu ke arah ‘gaming’ berbanding sebelum ini, ASUS nampaknya masih menyertakan aksesori permainan.

aksesori ROG 8_5
aksesori ROG 8_3
aksesori ROG 8_4
aksesori ROG 8_6
aksesori ROG 8_2

Terdapat dua sarung pelindung yang berbeza, iaitu lutsinar dan hitam. Bagi sarung pelindung berwarna hitam, ia boleh menempatkan AeroActive Cooler X. Tidak banyak perubahan AeroActive Cooler X berbanding tahun lalu, dengan mengekalkan rekaan bersama RGB.

ASUS ROG Phone 8_official1

Untuk maklumat rasmi mengenai spesifikasi dan harga, nantikan acara pelancaran siri ROG Phone 8 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2024, jam 7.00 pagi MYT.

Sumber: Windows Report

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY