Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skor Geekbench Asus ROG Phone 8 Ultimate Didedahkan

Skor Geekbench Asus ROG Phone 8 Ultimate Didedahkan

Diterbitkan November 22, 2023 oleh Amal Addin

ASUS bakal melancarkan siri ROG Phone 8 tidak lama lagi iaitu ROG Phone 8, ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Ultra. Siri ini bakal menggantikan siri ROG Phone 7. Walau bagaimanapun, belum ada tarikh rasmi lagi untuk pelancaran siri ini.

Beberapa butiran mengenai peranti tersebut telah didedahkan dan butiran mengenai pemproses sahaja yang dapat diketahui sekarang.

Malah, baru-baru ini, model Ultimate telah dipaparkan di tapak pensijilan 3C dan turut disenaraikan di Geekbench dengan nombor model ASUS_AI2401_D.

Pemproses peranti ini telah mendapat 2,235 mata untuk ujian teras tunggal dan 7,098 mata untuk ujian berbilang teras yang mana telefon ini menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Selain itu, ROG Phone 8 Ultimate mungkin didatangkan dengan 24GB RAM serta Android 14. Dari segi pengecasan pula, ia mungkin akan menyokong penegecasan pantas 65W serta menyokong 5G.

Cip Snapdragon 8 Gen 3 dikatakan mampu meningkatkan prestasi telefon sehingga 30 peratus berbanding cip sebelumnya.

Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada

Berkaitan

  • ASUS Sahkan Isu Pembaca Kad MikroSD ROG Ally
  • Beberapa Telefon Andalan 2024 Mungkin Kekal Dengan Snapdragon 8 Gen 2
  • Snapdragon 8 Gen 3 Dilapor Hadir Dalam Variasi 3nm dan 4nm
  • ROG Phone 6 Adalah Peranti Rasmi Untuk Kejohanan MLBB M5

Sumber: Gadgets 36o

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY