Pixel 5 merupakan telefon pintar paling premium dari Google untuk tahun 2020. Namun begitu, ia bukanlah pengganti terus kepada Pixel 4 kerana ia merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan.
Secara keseluruhan, Pixel 5 menggunakan rekaan luaran yang sama seperti Pixel 4a. Ia mempunyai rekaan kamera berlubang dan juga modul kamera berbentuk petak empat segi.
Di hadapannya adalah paparan berukuran 6 inci dengan resolusi Full HD+. Ia merupakan paparan jenis AMOLED, HDR, dan yang paling penting 90Hz. Terdapat juga Gorilla Glass 6 sebagai perlindungan skrin.
Telefon ini dijana oleh cip Snapdragon 765G. Cip ini merupakan cip kelas pertengahan dan cip menyokong 5G tidak seperti Snapdragon 730G pada Pixel 4a.
Tidak diketahui sama ada Pixel 5 disertakan dengan cip Pixel Visual Core atau tidak. Pada model seperti Pixel 2, 3, dan 4, cip ini digunakan untuk memproses gambar pada kadar yang lebih pantas.
Apa yang pasti, terdapat cip sekuriti Titan M untuk ciri keselamatan dan juga penyulitan data.
Antara lainnya adalah RAM 8GB dan juga storan dalaman 128GB. Seperti kebiasaany, Google Pixel tidak pernah menawarkan storan microSD jadi ia sama sahaja pada Pixel 5 ini.
Kamera antara ciri utama mengapa Pixel mendapat tempat pada hati peminat mereka. Untuk Pixel 5, ia masih menggunakan lensa 2 kamera sama seperti siri Pixel 4, namun lensa telefoto telah dicampak dan digantikan dengan sudut lebar.
Keseluruhannya, ia menggunakan 12.2MP kamera belakang utama dan juga sudut lebar 16MP. Pada swafoto pula, ia memuatkan sensor 8MP. Kemampuan kamera utama adalah mampu merekod pada 1080p 240fps atau 4K 60fps manakala swafoto pula sehingga 1080p 30fps.
Antara kritikan utama menggunakan model mercu Pixel adalah penggunaan hayat bateri yang ala kadar. Disebabkan itu, Google memuatkan bateri berkapasiti 4,080mAh yang agak besar untuk norma model Pixel.
Dengan saiz sebesar ini, sudah tentu ia dengan mudah mengemudi penggunaan seharian ditambah lagi dengan rangkaian 5G dan panel 90Hznya.
Telefon ini dicas menggunakan USB-C yang selaju 18W. Sebagai ukur aras, ia tidaklah sepantas jenama lain yang rata sudah mencapai sehingga 60W lajunya.
Pengecasan tanpa wayar tetap ada, termasuk juga tanpa wayar berbalik. Tambahan, Pixel 5 adalah telefon rekaan premium dengan binaan kaca dan aluminium serta piawaian kalis air/debu IP68.
Menurut sumber, Google berkemungkinan menyertakan fon telinga USB-C secara percuma. Untuk harga jualan, Pixel 5 dianggarkan dipasarkan dalam lingkungan harga RM3,039.
Buat masa ini, hanya spesifikasi Pixel 5 yang diperlihatkan. Untuk Pixel 4a 5G belum lagi, namun disebabkan kedua-dua telefon dilancarkan secara seiringan pada 30 September ini, sudah tentu kita akan melihat maklumat Pixel 4a 5G pula tidak lama lagi.
Melihatkan spesifikasi dan strategi Google yang menjual telefon premium mereka sebagai model yang lebih ringkas, apakah pendapat anda?
Sumber: Winfuture
Berkaitan
- TM Senyap-Senyap Kurangkan Kelajuan Muat Naik Pelan 500Mbps Unifi
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia
- Huawei Umum Cip Kirin 820 5G - Pengganti Kirin 810 Dengan Prestasi GPU 38% Lebih Berkuasa
- Pendapat Akhir vivo Y76 5G - Resepi Sama, Umpan Berbeza
- Pra-Tempah PS5 Didakwa Terhad Satu Unit Sahaja Untuk Satu Orang
- Redmi K30 Pro 5G, Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Kamera Mesin Basuh - Bakal Lancar 24 Mac Ini
- HONOR 10X Lite Diperkenalkan Dengan Cip Kirin 710 Dan Bateri 5,000mAh
- Redmi 10X Dilancarkan - Jawapan Kepada Pengguna Yang Mahukan Peranti 5G Dengan Harga Rendah
- MSI Modern 15 Dan Modern 14 Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-11 Dan Grafik Nvidia MX450
- Peranti Gaming Nubia Red Magic 5G Akan Dilengkapi Dengan Paparan 144Hz