Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Diterbitkan Julai 23, 2018 · Dikemas kini Julai 24, 2018 oleh Helmi Samsuri

Huawei telah memperlengkapkan sejumlah peranti flaghsip mereka tahun lalu dan 2018 dengan cip pemprosesan 970. Hadir dengan ciri kecerdasan buatan, cip terbabit bakal menerima pengganti berdasarkan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini.

Difahamkan spesifikasi cip Kirin 980 sudah tertiris dengan kelajuan maksimum pada kadar 2.8GHz dibantu oleh 4 teras Cortex A77 dan 4 teras Cortex A55.

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Cip itu juga dibayangkan 1.5 lebih laju berbanding Adreno 630 yang ketika ini dipadankan dengan Snapdragon 845.

Bakal dibina menggunakan Fin Field Effect Transistor (FinFET) 7nm buatan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Kirin 980 menjanjikan 20% peningkatan prestasi beserta 40% penjimatan kuasa.

Khabar angin yang digarap dari ITHome menyatakan 4-teras Cortex A77 mampu menggapai kelajuan maksimum sehingga 2.80GHz, sementara keupayaan 4-teras Cortex A55 masih belum dapat dipastikan lagi.

Selain itu, cip pemprosesan ini akan memfokuskan terhadap kecerdasan buatan dan generasi NPU seterusnya berupaya melaksanakan 5 trilion pengiraan perwatt. Ketika ini perisian AI banyak digunakan dalam memperkemaskan imej yang diambil menggunakan kamera, dan mungkin Huawei mahu mengembangkan lagi ciri tersebut.

Peranti yang diramal menggunapakai Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang mungkin dilancarkan pada penghujung tahun 2018.

Sumber: It Home

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY