Menurut WinFuture, S10 Lite akan hadir dengan 6.7 inci FHD+ (2400 x 1080p) Super AMOLED dalam nisbah 19.5:9. Kamera swafoto pula diletakkan dalam skrin berlubang bahagian atas yang memuatkan 32MP (f/2.2).
Untuk kamera belakang pula, nampaknya Samsung meletakkan kamera lebih banyak daripada Galaxy S10e. Jika S10e mempunyai 2 kamera, S10 Lite punyai 3. Kamera utamanya adalah 48MP (f/2.2) dengan pengstabilan imej optikal. Namun, Samsung akan menggunakan teknologi OIS baharu dikenali tilt-OIS. Dari segi komersial, ia akan dipasarkan sebagai tOIS.
Beza dengan OIS biasa,tilt-OIS boleh mencondongkan perkakas OIS itu sendiri sebagai pergerakan tambahan selain daripada pergerakan OIS tradisional.
Terdapat kamera ultralebar 12MP (f/2.2) dan juga kamera makro 5MP (f/2.4) sebagai lensa tambahan selain lensa utama.
Menariknya mengenai spesifikasi peranti ini adalah ia menggunakan Snapdragon 855. Kesemua model. Bukan pasaran US sahaja. Ini adalah kerana Samsung tidak mahu menggunakan cip Exynos mereka untuk model baharu ini.
Untuk RAM, terdapat 8GB dengan padanan storan dalaman 128GB. Terdapat juga sokongan mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan. Peranti juga akan menjalankan One UI 2.0 di sebalik Android 10 sebagai sistem perisian.
S10 Lite akan dimuatkan dengan bateri 4,500mAh serta menyokong pengecasan pantas Super Fast Charging 2.0 sehingga 45W melalui USB-C.
Mengenai harga jualannya di Eropah, ia akan berharga EUR 679.99 (~RM3,129). Dari segi posisi peranti dalam siri S10, penamaan Lite membuatkannya diletakkan di bawah S10e. Namun boleh juga mahu katannya sebagai model penyegar (refresh) untuk menggantikan S10e, disebabkan penambahan kamera dan bateri lebih besar.
Untuk cip Snapdragon 855 itu, disebabkan Samsung tidak memasarkan cip Exynos dalam S10 Lite ini, pasaran Malaysia secara tidak langsung akan terima cip Snapdragon juga. Apa-apa pun, menurut sumber, kedua-dua peranti S10 Lite dan Note 10 Lite akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Sumber: WinFuture
Berkaitan
- Apple Didenda Samsung Hampir 1 Billion USD Disebabkan Tempahan Panel OLED Yang Sedikit
- Bank Mula Menyenaraihitam Samsung Galaxy S10 Atas Isu Keselamatan
- Samsung Galaxy Tab S7 Dan S7+ Dipasarkan Bermula Harga RM3,299, Jualan Mulai 28 Ogos 2020
- Samsung Harus Selesaikan Isu Bonggol Kamera Jika Mahu Muatkan Sensor 600MP
- Samsung Kekal Dominasi Pasaran Memori Untuk Peranti Pintar Pada Tahun 2019
- Motorola RAZR 2019 Hadir Dengan Rekaan Engsel Berbeza Dengan Samsung Galaxy Fold
- Samsung Mula Hasilkan Storan Pantas UFS 3.1 Secara Pukal
- Samsung Lancarkan Tablet Tahan Lasak Galaxy Tab Active3 Dengan S Pen Kalis Air
- Samsung Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Cip Teras Kustom Mereka
- Data Peribadi Peranti Samsung Selebriti Korea Digodam - Pelakon, Bintang Kpop Antara Yang Terlibat