Samsung Galaxy S10 Lite Bakal Menjadi Penambahan Baharu Dalam Siri Galaxy S10

Dengan pelancaran siri Galaxy S10 pada bulan Februari lalu, ingatkan Samsung mahu berhenti pada 3 model sahaja - Galaxy S10e, Galaxy S10, dan Galaxy S10+. Terkini terdapat laporan mengatakan Samsung ingin menambah model baharu yang dinamakan Galaxy S10 Lite. Menambahkan lagi bukti, spesifikasi peranti tersebut mula muncul pada laman Geekbench menandakan ia sedang diuji sebelum pengenalannya.

SM-G770F Geekbench score

Galaxy S10 Lite bakal dijana oleh Snapdragon 855, RAM 8GB dan diperisikan Android 10. Baterinya berkapasiti 4,370mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Menurut ura-ura, skrinnya akan bersaiz 6.7 inci FHD Super AMOLED, 3 kamera belakang (48MP+12MP+5MP) dan 32MP kamera hadapan.

Setakat ini masih tiada imej peranti tersebut kelihatan ataupun tarikh berkenaan ia dilancarkan.

Sumber: Geekbench, GSMArena

Berkaitan