Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung apple

Apple Didenda Samsung Hampir 1 Billion USD Disebabkan Tempahan Panel OLED Yang Sedikit

Diterbitkan Julai 15, 2020 ยท Dikemas kini Julai 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini Apple dikatakan telah membayar denda kepada Samsung hampir 1 billion USD hanya disebabkan kuantiti pembelian panel OLED yang tidak sama seperti yang dipersetujui pada awalnya.

Ini adalah disebabkan Apple hanya membeli jumlah OLED dalam kuantiti yang lebih rendah. Puncanya adalah sudah tentu dikaitkan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana jualan peranti pintar adalah sedikit berkurang dari kebiasaan.

Untuk menempah jumlah kuantiti OLED dari Samsung, syarikat itu telah menetapkan jumlah minimum yang boleh ditempah oleh syarikat lain. Jika syarikat tersebut gagal menepati syarat tersebut, mereka terpaksa membayar wang penalti kepada Samsung.

Kemungkinan inilah apa yang terjadi pada Apple. Tambahan pula banyak kedai jualan terutamanya di Amerika Syarikat terpaksa ditutup untuk mengekang wabak Covid-19. Secara tidak langsung ia menjejaskan jualan peranti pintar Apple.

Apa yang tidak jelas adalah adakah situasi ini akan memberi impak kepada pengeluaran iPhone 12 yang diura-urakan pelancarannya sekitar September ini.

Sumber: Display Supply Chain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY