Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak

Walaupun Galaxy Note 10 telah dilancarkan pada bulan Ogos lalu, namun nampaknya Samsung bakal menambah lagi model dalam siri tersebut. Untuk model terbaharu ini, ia dikatakan akan dipanggil Galaxy Note 10 Lite dan imej peranti tersebut telah mula dimuatnaik oleh WinFuture.

Kapsyen: Foto - WinFuture


Dari segi rekaan, ia akan menggunakan rekaan kamera berlubang sama di bahagian paparan seperti Galaxy Note 10. Namun, kamera belakangnya bakal menggunakan pakai rekaan berbeza yang tidak asing untuk peranti Pixel 4 dan juga iPhone 11 - rekaan kamera kotak. Melihat kepada rekaan, akan terdapat 3 lensa.

Kapsyen: Foto - WinFuture


Peranti juga masih mengekalkan kewujudan S Pen dan dikhabarkan akan mempunyai sokongan rangkaian Bluetooth 5.1. Walau bagaimanapun spesifikasi jelas peranti ini masih dalam samar-samar lagi. Namun dengan penggunaan nama 'Lite', kemungkinan besar ia adalah model kurang berkuasa berbanding Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Sumber: WinFuture

Berkaitan