Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

Diterbitkan Julai 16, 2018 oleh Wiser MY

SPECTRIX D80 DDR4 RGB

SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

Jika sebelum ini semua perkakasan/komponen PC mempunyai fungsi RGB di dalamnya, modul RAM dari XPG kini membawakan penyejukan hybrid-cecair dan udara untuk SPECTRIX D80 DDR4.

XPG mengatakan yang SPECTRIX D80 DDR4 merupakan modul memori pertama di dunia menggunakan sistem penyejukan cecair dan udara yang menggabungkan sink haba cecair bersama-sama sink haba aluminium bagi memberikan kesan penyejukan yang efektif.

SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

Tidak dilupakan adalah efek lampu RGB yang disertakan sekali dengan perisian yang boleh mengawal fungsi RGB tersebut. Ia juga boleh digunakan sekali dengan perisian-perisian lain dari pembuat papan induk yang lain.

Adakah modul RAM memerlukan penyejukan tersendiri?

Jika dilihat secara teliti, modul/kad memori RAM sebelum ini tidak memerlukan sistem penyejukan tersendiri dan adakah sistem penyejukan hybrid dari SPECTRIX D80 DDR4 ini wajar?

Linus Tech Tips menunjukkan yang fungsi ini tidak memberi kesan langsung buat pengguna biasa. Suhu yang terhasil dari SPECTRIX D80 DDR4 ini sama seperti modul RAM biasa yang lain, memberi konklusi yang mungkin ianya lebih kepada rupa keseluruhan rig yang tampak lebih ‘agresif’.

Apa yang pasti, penyejukan cecair diperlukan oleh komponen PC lain seperti CPU dan juga GPU kerana proses perkomputeran yang kompleks menghasilkan haba yang tinggi. Bagi komponen lain, sekadar cukup menggunakan penyejukan biasa melalui ruang pengudaran yang baik di dalam rig.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY