Kini, sebuah lagi model dikhabarkan akan tampil iaitu Sony Xperia XZ4 yang mana pelancarannya disebut-sebut bakal berlangsung pada acara MWC2019, Barcelona.
Hal ini merujuk kepada jemputan yang dibuat Sony kepada media Italy dan Rusia bertarikh 25 Februari 2019, kurang sebulan dari sekarang. Dijangkakan Xperia XZ4 akan muncul pada tarikh tersebut.
Beberapa siri khabar angin mengenai Xperia XZ4 telah bertiup sebelum ini, seperti penggunaan Snapdragon 855 dan storan dalaman bersaiz 256GB.
Antara spesifikasi lain yang diramal hadir adalah pengguna skrin OLED 6.5 inci dengan nisbah paparan 21:9 (3360 x 1440), RAM 6GB, bateri 4400mAh, tiga kamera belakang serta port pengecasan USB-C.
Memetik laporan Digital Trends, Timbalan Presiden Pemasaran Sony Mobile ada menyatakan bahawa XZ4 menjanjikan pengalaman penggunaan kamera yang lebih baik berbanding keluaran sebelumnya.
Sumber: Trusted Reviews
Berkaitan
- Sony Daftar Tanda Dagang PS6, PS7, PS8, PS9 Dan PS10
- Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact - Harga Dan Spesifikasi Tertiris
- CES 2017: Sony XPeria Projector | Sentuh Android Diatas Apa Jua Permukaan
- #MWC2019 - Sony Xperia 10 Dan 10 Plus Diumumkan Dengan Skrin Bernisbah 21: 9
- Imej Sony Xperia XA3 Memperlihatkan Skrin Dengan Nisbah 21:9
- Sony Akan Tamatkan Pengeluaran PS Vita Pada Tahun Hadapan
- Sony Kongsi Hasil Foto Dari Sensor IMX 686, Rakaman Pada Resolusi 64MP
- #MWC2019 - Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
- (Video) Ini Mungkin Sony Xperia XA3 Ultra, Rekaan Yang Lebih Seksi
- Sony Xperia XZ1 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Tempatan Minggu Ini