Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Memperkenalkan PlayStation Classic – Versi PsOne Yang Lebih Kecil

Sony Memperkenalkan PlayStation Classic – Versi PsOne Yang Lebih Kecil

Diterbitkan September 19, 2018 oleh Haikel Areff

Sony sebentar tadi telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan kembali PlayStation One dan bakal dikenali sebagai PlayStation Classic.

Menariknya, konsol ini bersaiz 45% lebih kecil berbanding peranti asalnya. Selain itu, ia akan hadir dengan sokongan HDMI untuk tujuan sambungan televisyen. Dua alat kawalan dengan sambungan mikroUSB turut akan disediakan bersama kotak belian.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=60&v=nl2h8LDq_oI

Sony juga memberitahu bahawa konsol ini akan didatangkan dengan 20 permainan klasik yang tersedia di antaranya Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3, dan Wild Arms. Senarai penuh permainan akan dikeluarkan kemudian di laman PlayStation.com.

Bagaimanapun, plug soket kuasa USB yang diperlukan untuk menggunakan konsol tidak disediakan bersama. Ini bermakna anda perlu mendapatkannya secara berasingan atau gunakan sahaja sebarang palam kuasa yang mempunyai sambungan USB. Soket pengecasan telefon pintar juga boleh digunakan.

PlayStation Classic ini akan mula dipasarkan pada 3 Disember ini dan harga pasaran yang dicadangkan ialah pada sekitar $99.99 (~RM 415). Jadi, untuk penggemar permainan video yang sudah “senior” di luar sana, jangan lupa untuk dapatkannya bagi mengimbas kenangan lampau anda.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY