Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Masih Menaruh Harapan Terhadap Industri Permainan Mudah Alih

Sony Masih Menaruh Harapan Terhadap Industri Permainan Mudah Alih

Diterbitkan Mei 24, 2018 oleh Haikel Areff

Sony melalui CEO barunya John Kodera memberi penegasan bahawa mereka masih belum mengaku kalah dalam industri permainan mudah alih. Kenyataan ini tetap hadir walaupun peranti mudah alih terkini mereka, PlayStation Vita boleh dianggap sebagai satu kegagalan di peringkat global.

Sony Masih Menaruh Harapan Terhadap Industri Permainan Mudah Alih

Kodera turut memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang berusaha gigih dalam membangun ‘sesuatu’ berkaitan permainan mudah alih. Namun beliau tidak memberi penjelasan lanjut sama ada ianya sebuah peranti permainan mudah alih yang baru atau pun tidak.

Beliau turut memberi gambaran bahawa mereka mungkin akan melakukan sesuatu yang berlainan berbanding menghasilkan konsol mudah alih dan konsol biasa. Ia menimbulkan persoalan berkenaan adakah mereka sedang merancang untuk membangunkan sesuatu yang hampir sama dengan Nintendo Switch pada masa akan datang.

Kenyataan terbaru daripada Kodera ini adalah bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Sony, Shuhei Yoshida pada tahun 2015 yang lalu. Yoshida ketika itu menyatakan mereka tidak merancang untuk menghasilkan konsol mudah alih yang akan menyambung legasi PS Vita pada masa akan datang.

Sony Masih Menaruh Harapan Terhadap Industri Permainan Mudah Alih

Kita mungkin akan mendapat lebih maklumat berkenaan perancangan terbaru Sony selepas majlis E3 dilansungkan bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY