Dengan harga yang ditawarkan, ianya tidaklah terlalu mahal bagi sebuah konsol permainan. Namun, apa yang perlu anda tahu, Sony baru-baru ini dilaporkan dalam perbincangan untuk menaikkan harga jualan permainan video PlayStation.
Laporan tidak menyatakan harga jualan yang dibincangkan. Akan tetapi, ia dikatakan lebih tinggi dari $70 (~RM288).

Menurut sumber dari Bloomberg, kenaikan harga jualan ini adalah berikutan peningkatan kos pembangunan. Beberapa permainan video PS5 juga dilihat mula menawarkan harga yang tinggi termasuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition (Insomniac Games) dan Demon’s Souls (Bluepoint Games / Japan Studio) yang dijual pada harga RM299.
Bagaimanapun, tidak semua permainan video ini akan dijual pada harga yang tinggi. Sebagai contoh, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales yang akan dilancarkan bersama PS5 bakal dijual pada harga RM209.
Dalam pada itu, bagi anda yang ingin mendapatkan konsol permainan PS5, pra tempahan boleh dibuat mulai esok melalui wakil jualan terpilih PlayStation.
Sumber: Bloomberg via IGN
Berkaitan
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 480 - Dilengkapi Sokongan 5G Dan Panel 120Hz
- Video Acah Galaxy Unpacked Sahkan 5 Produk Yang Akan Dilancar 5 Ogos Nanti
- Beli PS5 Hari Ini Di Shopee, Kuantiti Terhad
- Harga Google Pixel Watch Dijangka Bermula ~RM1,592
- Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan
- Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan - Persatuan Bank
- Qualcomm Umum Snapdragon 750G - Cip 5G Dengan Prestasi AI Dipertingkatkan
- Samsung Melancarkan Exynos 1080 - Cip 5nm Dengan CPU Cortex-A78, Sokongan Kamera Sehingga 200MP
- Permohonan Baharu GKP 3.0 Secara Dalam Talian Dibuka Sehingga 15 April 2021
- India Kini Haramkan 59 Lagi Aplikasi Dari China Termasuk TikTok