PlayStation 5 Akan Tiba Di Malaysia Pada 11 Disember Ini - Harga Bermula RM1869

Setelah sekian lama penantian, Sony hari ini mengesahkan PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020.

Kedua-dua model PS5 menggunakan pemprosesan dengan integrasi CPU dan GPU yang sama bagi memberikan kualiti grafik sehingga 4K.

harga PS5 Malaysia

Di Malaysia, PS5 Digital Edition akan ditawarkan pada harga RM1,869. Sementara itu, PS5 dengan pemacu cakera optik Blu-ray 4K Ultra HD diletakkan pada harga RM2,299.

Menariknya, pra tempahan bagi kedua-dua konsol permainan ini boleh dibuat mulai esok, 12 November 2020.

Dalam pada itu, Sony turut mengumumkan aksesori yang akan dilancarkan bersama konsol PS5. Antaranya adalah:

  • DualSense™ Wireless Controller (standalone) – MYR 349

  • PULSE 3D™ wireless headset – MYR 469

  • HD Camera –  MYR 279

  • Media Remote – MYR149

  • DualSense™ Charging Station – MYR 149


Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran PS5 di Malaysia, layari pautan ini. 

Sumber: PlayStation