Sony juga dijangkan akan melancarkan percubaan dalam bentuk beta untuk pengguna menguji permainan PlayStation 4 di servis tersebut. Namun masih tidak dapat dipastikan game mana yang akan ditawarkan ketika ini. PlayStation Now lebih memfokuskan kepada pengguna yang jarang bermain dan tidak membeli permainan baru setiap bulan. Kira sesuai untuk yang bukan gamers la.
Sony sebenarnya telah mengumumkan servis PlayStation Now akan memasuki platfrom PC pada bulan Ogos yang lalu. Syarikat itu juga memperkenalkan wireless USB adapter yang membolehkan pengguna bermain di PC dengan menggunakan alat kawalan Dualshock 4. PlayStation Now kini ialah satu servis langganan yang mempunyai 400 permainan PlayStation 3 yang dapat dimainkan tanpa CD.
Berikut merupakan cadangan spesikasi PC untuk PlayStation Now.
Windows 7 (SP1), 8.1 atau 10
3.5 GHz Intel Core i3 atau 3.8 GHz AMD A10 ke atas
300 MB ke atas; 2 GB RAM ke atas
USB Wireless Adapter akan berharga RM 100. Ianya akan memastikan pengguna PC dapat mengunakan sepenuhnya fungsi Dualshock 4 seperti analog sticks, touch pad, light bar, motion sensor, vibration, dan stereo headset jack.
Sumber
Berkaitan
- Pengguna Instagram Kini Boleh Membuat Panggilan Video Menerusi Instagram Direct
- Kamera Aksi Sony FDR-X300R Akan Dipasarkan di Amerika Syarikat Hujung September Ini
- Telefon Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan Pada 24 Februari Ini
- Samsung Bakal Mempamerkan Peranti Baru di MWC 2017 Tetapi Bukan Galaxy S8
- Facebook Sedang Membina Telefon Modular
- Pelanggan Warga Emas Dilayan Dengan Buruk, TM Diminta Lebih Prihatin
- PowerPoint Untuk Windows Tampil Dengan Fungsi Suntingan Kolaborasi
- Xiaomi Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 855 Pertamanya Minggu Depan
- Google Android 9 - Teka-Teki Tentang Nama Akhir Bagi Android P Akhirnya Terjawab
- GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka