Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan Pada 24 Februari Ini

Telefon Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan Pada 24 Februari Ini

Diterbitkan Februari 2, 2019 oleh Haikel Areff

Masih lagi dengan peranti boleh lipat. Kali ini, Huawei pula telah mengumumkan tarikh perkenalan rasmi model boleh lipat mereka di persidangan MWC kelak.

Huawei Mate Flex(nama tidak rasmi) bakal diperkenalkan kepada umum buat kali pertama pada 24 Februari ini di Barcelona.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Huawei melalui satu kicauan di akaun Twitter rasmi mereka semalam.

Come with us to explore #ConnectingTheFuture LIVE from #MWC @GSMA. Are you ready to reveal the unprecedented? #HuaweiMWC #MWC2019 pic.twitter.com/ErPD7eKMh1

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) February 1, 2019

Menggunakan tanda pagar #ConnectingTheFuture, CEO Huawei Richard Yu sebelum ini telah menggelarkan peranti tersebut sebagai “peranti boleh lipat dengan sokongan 5G pertama di dunia”.

Bagaimanapun, model boleh lipat Samsung juga dikatakan akan menyokong sambungan yang sama dan mungkin akan diperkenal lebih awal(20 Feb).

Sekiranya benar, maka Huawei Mate Flex ini bukanlah pertama pertama dengan ciri tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi peranti tersebut.

Malah, nama Mate Flex juga masih belum disahkan oleh Huawei walaupun ia adalah nama yang paling sering dikaitkan dengan model berkenaan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sebuah tablet dan telefon dalam waktu yang sama, anda mungkin perlu bersedia dengan simpanan wang bermula dari sekarang kerana MWC 2019 nanti dijangka menjadi arena bagi “perang peranti boleh lipat”.

 

Sumber: Huawei Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY