https://twitter.com/GobindSinghDeo/status/1097709351547035649
Ia berikutan satu laporan yang disiarkan melalui laman The Malaysian Insight mengenai kesukaran yang dihadapi oleh seorang pelanggan TM untuk menghentikan langganan ke atas perkhidmatan mereka.
Dalam artikel bertajuk "You were tone deaf, Telekom Malaysia" itu, seorang pelanggan TM menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila bapanya yang sudah berumur dan berkerusi roda terpaksa hadir sendiri ke TMpoint untuk membatalkan langganan.
Mereka mahu menamatkan langganan kerana ingin bertukar alamat. Beliau juga telah memenuhi langkah-langkah awal pembatalan perkhidmatan. Selepas selesai, beliau dan bapanya telah ke TMpoint Bandar Sunway yang merupakan cawangan paling hampir dengan rumah mereka.
Akan tetapi, mereka dimaklumkan perlu ke cawangan TMpoint Taipan untuk menyempurnakan proses pembatalan. Ini kerana cawangan TMpoint Bandar Sunway hanya bertindak sebagai pengedar sah dan urusan pembatalan servis tidak boleh dibuat di sana.
Selepas itu, beliau telah kembali pulang ke kediaman kerana keadaan bapanya yang tidak mengizinkan.
Bagaimanapun, kes ini dikatakan telah pun diselesaikan hasil kerjasama pasukan kepimpinan Telekom Malaysia tidak lama selepas itu.
Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran kepada pihak Telekom Malaysia atau mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain supaya ia tidak lagi berulang di masa akan datang.
Sumber: @GobindSinghDeo TheMalaysiaInsight
Berkaitan
- MyRepublic GAMER Arena Buka Penyertaan Kepada Gamers Malaysia, Indonesia Dan Thailand
- Ujian Beta PUBG Lite Sudah Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia
- Poco F1 Akan Mula Dijual Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan
- Majlis Pelancaran ASUS Zenfone Max Pro (M1) Di Malaysia Akan Diadakan Pada 31 Mei
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Perkhidmatan Unifi, Streamyx Di Sibu & Tanjung Manis Selesai Dibaik Pulih
- Presiden Honor Global Sampaikan Penghargaan Tidak Terhingga Kepada Peminat Di Malaysia
- Samsung Malaysia Adakan Promosi Jualan Sempena Ulang Tahun Ke 50
- Avengers: Endgame Mula Ditayangkan Di Malaysia Pada 24 April, 2 Hari Lebih Awal Dari AS
- Ujian Beta PUBG Lite Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi