Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_001 (5)

Samsung Bakal Mempamerkan Peranti Baru di MWC 2017 Tetapi Bukan Galaxy S8

Diterbitkan Februari 2, 2017 oleh Haikel Areff

MWC iaitu Mobile World Congress yang akan diadakan bermula pada 26 Februari ini akan menjadi tempat dimana syarikat pembuat telefon dan gajet mempamerkan peranti mereka. Samsung telah mengesahkan penyertaan mereka pada tahun ini melalui satu email jemputan.

Tetapi, yang mengejutkan adalah Samsung bukan membawa Galaxy S8 ke MWC 2017 seperti yang disangkakan. Mengikut laporan, Samsung Galaxy Tab 3 yang akan menjadi watak utama semasa acara MWC 2017.

Galaxy Tab S3 dibina dengan pemproses Snapdragon 820, RAM 4GB dan storan dalaman sebanyak 32GB. Ianya juga akan menampilkan sensor bersaiz 13-Megapixel kamera utama dan 5-Megapixel untuk kamera ‘selfie’. Ianya juga mempunyai skrin paparan berukuran 9.6 inci.

Samsung Galaxy Tab S3 merupakan model selanjutnya selepas Samsung melancarkan Tab S2 Duo pada tahun 2015. Peranti ini adalah lebih nipis berbanding S2 Duo (5.6mm). Ianya juga bakal dijalankan dengan Android Nougat 7.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber:GSM Arena

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY