Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan

Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan

Diterbitkan Ogos 30, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Amalina Athman

Sony kini dilaporkan secara diam-diam telah melancarkan model PS5 baharu yang lebih ringan. Memetik laporan Press Start, dinyatakan bahawa kedua-dua model dengan cakera dan versi digital PS5 kini lebih ringan, berbanding model tahun lalu dan ketika ia dilancarkan.

Berkaitan

  • Sony PlayStation Mungkin Akan Lancarkan 'PC Launcher'
  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Pasaran Tertentu, Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya

Sudah mula hadir di pasaran Australia sejak minggu lalu, model PS5 dengan cakera kini mempunyai berat 3.9kg iaitu 7% pengurangan daripada model 2021 (4.2kg) dan 13% pengurangan daripada berat asal ketika PS5 mula dilancarkan pada tahun 2020 (4.5kg).

Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan

Bagi PS5 Digital Edition pula, ia kini ditawarkan dengan berat 3.4kg berbanding 3.9kg semasa dilancarkan.

Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan

Buat masa ini, belum lagi diketahui jika terdapat perubahan komponen dalaman memandangkan berat kedua-dua model PS5 tahun ini dikurangkan. Akan tetapi, dengan pengurangan sekitar 500 gram, dapat dijangkakan konsol permainan video itu akan mempunyai perbezaan bahagian dalaman yang agak ketara sejak ia dilancarkan.

Mengimbas kembali, kedua-dua model yang dilancarkan tahun lepas telah menyaksikan perubahan pada bahagian heatsink yang lebih kecil, di mana menyebabkannya lebih ringan.

Di sisi yang lain, Sony baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan harga PS5 berkuatkuasa serta merta di pasaran tertentu, berikutan kadar inflasi yang tinggi. Di Malaysia, PS5 baharu dinaikkan harga sebanyak RM200 bagi kedua-dua model.

Sumber: Press Start

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY