Menurut Sony, tindakan menaikkan harga PS5 adalah berikutan kadar inflasi yang tinggi, di mana ia memberi kesan kepada syarikat itu dan syarikat-syarikat lain.
{suggest}
Berikut merupakan senarai penuh negara yang terkesan dengan kenaikan harga baharu PS5, di mana ia berkuat kuasa serta-merta, melainkan dinyatakan sebaliknya:
- Eropah
PS5 Ultra HD Blu-ray – €549.99 (~RM2460)
PS5 Digital Edition – €449.99 (~RM2013) - UK
PS5 Ultra HD Blu-ray – £479.99 (~RM2543)
PS5 Digital Edition – £389.99 (~RM2066) - Jepun (berkuat kuasa 15 September 2022)
PS5 Ultra HD Blu-ray – ¥60,478 yen termasuk cukai (~RM1982)
PS5 Digital Edition – ¥49,478 yen termasuk cukai (~RM1621) - China
PS5 Ultra HD Blu-ray – ¥4,299 yuan (~RM2807)
PS5 Digital Edition – ¥3,499 yuan (~RM2285) - Australia
PS5 Ultra HD Blu-ray– AUD $799.95 (~RM2497)
PS5 Digital Edition – AUD $649.95 (~RM2029) - Mexico
PS5 Ultra HD Blu-ray – MXN $14,999 (~RM3378)
PS5 Digital Edition – MXN $12,499 (~RM2815) - Kanada
PS5 Ultra HD Blu-ray – CAD $649.99 (~RM2251)
PS5 Digital Edition – CAD $519.99 (~RM1801)
Sony juga menyatakan walaupun kenaikan harga ini adalah satu keperluan memandangkan persekitaran ekonomi global semasa dan impaknya ke atas SIE, keutamaan syarikat itu adalah untuk terus menambah baik bekalan PS5.
Sony tidak menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang terkesan dengan kenaikan harga tersebut. Akan tetapi, pihaknya menyatakan beberapa pasaran terpilih yang tidak disenaraikan, termasuk Asia Pasifik mungkin akan menerima kenaikan harga. Untuk tujuan itu, semakan boleh dilakukan dengan peruncit tempatan.
Sumber: PlayStation
Berkaitan
- Sony Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran PS4 Dan PS4 Pro
- Sony Patenkan Pisang Untuk Dijadikan Alat Kawalan Permainan
- Kilang Sony Di Pulau Pinang Dilaporkan Akan Ditutup Pada September 2021
- Konsol PlayStation 5 Didakwa Mempunyai Masalah Bunyi Bising
- Sony Kongsi Rekaan PlayStation 5, Hadir Dengan Dua Versi
- Sony Xperia 1 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4,999
- Sony Perkenal Xperia Pro Dengan Harga Melebihi RM10,000
- PlayStation 5 Akan Tiba Di Malaysia Pada 11 Disember Ini - Harga Bermula RM1869
- Tarikh Baru Bagi Acara Pelancaran PlayStation 5 Dijadual Berlangsung Pada 11 Jun
- Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya