Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony pc mobile

Sony Daftar Tanda Dagang PS6, PS7, PS8, PS9 Dan PS10

Diterbitkan Oktober 30, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kita sudah sedia maklum yang mana Sony Interactive Entertaiment Inc. telah mengesahkan kehadiran PlayStation 5 bakal dibuat pada tahun hadapan. Bakal dimuatkan dengan pelbagai ciri seperti tindak balas haptik seumpama 3D Touch iPhone, USB C dan beberapa penambahbaikan lain.

Ketika mana ramai peminat siri konsol ini menantikan penawaran baru itu, satu laporan telah muncul yang menyatakan Sony Interactive Entertaiment Inc telah memfailkan tanda dagang PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10 di Jepun.

Ia bukanlah jaminan sebenar bahawa PS6 dan lain-lain model akan diperkenalkan pada tahun-tahun mendatang tetapi ia sedikit sebanyak menggambarkan bahawa syarikat pengeluar mungkin mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk siri konsol popular tersebut.

Selain itu, pemfailan tanda dagang ini juga dilihat sebagai langkah untuk mengelakkan entiti atau syarikat lain menggunakannya pada masa akan datang, sekaligus melindungi jenama yang sudah dibangunkan oleh Sony sejak lebih dua dekad yang lalu.

Terdapat perdebatan yang menyatakan permainan secara penstriman mungkin menjadi pilihan pemain berbanding konsol pada masa hadapan, adakah anda merasakan kita bakal melihat penawaran PS10 dibuat ataupun tidak?

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY