Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga ps5

Sony Belum Putuskan Harga Jualan PS5, Mungkin Mahu Perhatikan Dahulu Harga Xbox Series X

Diterbitkan Februari 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Sony telah mendedahkan bahawa mereka belum lagi memutuskan harga jualan PS5. Ia menandakan harga konsol tersebut sangat bergantung kepada pesaing di pasaran yang sama. Ketua Kewangan Sony, Hiroki Totoki menjelaskan disebabkan mereka sedang bersaing dalam pasaran konsol yang sama, sukar untuk syarikat tersebut membuat keputusan.

Bergantung juga harganya nanti, mereka perlu mengenal pasti promosi yang akan dilakukan serta kos yang perlu ditanggung.

“Ia perlu diseimbangkan,” Totoki menyambung, menyatakan bahawa sukar untuk berkata apa-apa terutamanya mengenai harga.

Ketidakpastian harga Ps5 ini semestinya menambah lagi berita menarik kepada peminat mereka yang menantikan acara PS5 Februari ini seperti yang diura-urakan. Melalui acara ini, Sony dikatakan akan mendedahkan butiran penting konsol seperti maklumat pra-tempahan, tarikh pelancaran, dan juga permainan PS5 yang akan datang.

Komen Hiroki Totoki ini seolah-lah Sony menantikan Microsoft untuk mengumumkan strategi harga dan pemasaran Xbox Series X. Ia juga akan dilancarkan sekitar hujung tahun ini. Apa-apa pun strategi kedua-dua syarikat ini, perlu diingat hanya satu sahaja konsol yang pembeli akan beli (untuk kebanyakannya). Semestinya masing-masing sangat berhati-hati dengan pelan pemasaran masing-masing.

Sumber: Gamesradar, T3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY