Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-30 at 5.25.38 PM

Sony Akan Tamatkan Pengeluaran PS Vita Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan September 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mula diperkenalkan pada penghujung 2011, penjualan PS Vita sehingga ke hari ini tidaklah begitu memberangsangkan.

Hanya terjual 16 juta unit seluruh dunia, ia jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan PlayStation Portable (PSP) yang berjaya meraih angka 80 juta unit.

Perkhabaran terbaru, konsol mudah alih ini dilapor akan ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2019.

Perkara ini telah disahkan oleh, Hiroyuki Oda, naib presiden kanan untuk Sony Interactive Entertainment, kepada laman Famitsu berdasarkan laporan dari Mashable.

Laporan yang sama turut menyebut, tiada rancangan untuk memperkenalkan model pengganti kepada PS Vita.

Difahamkan, Sony telah berhenti menghasilkan permainan untuk peranti ini sejak 2015 lagi.

Melihat kepada keadaan ini, iaitu selepas Sony menghentikan PS Vita tahun hadapan, hanya Nintendo sahaja yang tinggal dalam pasaran konsol mudah alih.

Sumber: Famitsu dan Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY