Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilapor Dalam Perbincangan Ambil Alih Syarikat Di Sebalik Studio Elden Ring

Sony Dilapor Dalam Perbincangan Ambil Alih Syarikat Di Sebalik Studio Elden Ring

Diterbitkan November 20, 2024 · Dikemas kini November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Sony dilapor dalam perbincangan untuk mengambil alih Kadokawa, yang memiliki pelbagai rangkaian anak syarikat termasuk studio Elden Ring FromSoftware.

Memetik laporan Reuters, sumbernya memberitahu bahawa rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan, dan sekiranya berjaya, perjanjian boleh ditandatangani dalam beberapa minggu akan datang.

Ketika ini, Sony sudah mempunyai 2% pegangan dalam Kadokawa, selain memiliki pegangan dalam FromSoftware (14%) – pembangun permainan aksi fantasi popular.

Antara judul permainan popular termasuk Elden Ring, yang mana telah terjual sebanyak 25 juta unit. Permainan video ini tersedia di pelbagai platform, termasuk Sony PlayStation.

Mengenai perjalanan Kadokawa, ia bermula sebagai penerbit pada tahun 1945, tetapi telah berkembang ke dalam industri permainan, anime, acara dan figura dengan francais seperti “Re:Zero”.

Sementara Sony yang dikenali sebagai pencipta Walkman, telah berubah daripada pengeluar elektronik menjadi gergasi hiburan dan teknologi yang merangkumi filem, muzik, permainan dan cip.

Berkaitan

  • PS5 Pro Rasmi - GPU Lebih Besar, Teknologi PSSR, Tersedia November Ini
  • Sony Pertahankan Harga PS5 Pro, Konsol Lebih Mudah Dan Senang Banding 'Setup' PC
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Pendapatan Sony Tetap Meningkat Walaupun Harga PS Plus Naik

Sumber: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY