Sokongan Google Assistant dan Alexa Akan Hadir Pada Kemaskini Terbaru Konsol Xbox One

Microsoft hari ini telah mengumumkan berkenaan kemaskini terbaru bagi konsol permainan mereka, Xbox One. Pengumuman yang dibuat melalui Windows Central itu telah memaklumkan bahawa sokongan pembantu maya, Google Assistant dan Alexa akan hadir pada kemaskini terbaru berkenaan.

Buat masa sekarang, Xbox One sedia ada sudah menyokong fungsi Cortana namun ia mempunyai set kemahiran yang agak terhad. Tambahan pula, ia cuma boleh digunakan melalui penggunaan peralatan Kinect atau set fon kepala sahaja.

Pemilik Xbox One boleh mengaktifkan fungsi ini melalui seksyen terbaru 'Digital Assistants' dan memilih fungsi pembantu maya yang ingin digunakan. Selepas itu, mereka perlu memasang fungsi tersebut pada platform yang sesuai seperti telefon pintar mereka. Namun, bagaimana cara fungsi ini digunakan masih lagi tidak.



Ini dikatakan merupakan salah satu faktor mengapa sokongan Google Assistant dan Alexa di bawa masuk oleh pihak Microsoft. Dengan penggunaan dua fungsi ini, pengguna boleh mengeluarkan arahan suara tanpa menggunakan peralatan tambahan seperti Kinect atau fon kepala.

Ia bermakna, pemilik Xbox One boleh menggunakan pembesar suara pintar yang mereka miliki seperti Amazon Echo atau Google Home Mini untuk memberi arahan kepada konsol Xbox One mereka. Kita mungkin boleh mengharapkan pengumuman berkenaan perkara ini seawal-awalnya pada majlis E3 yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Sumber