Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SoftBank Dilapor Mahu Bincang Kerjasama Antara Arm Dan Samsung

SoftBank Dilapor Mahu Bincang Kerjasama Antara Arm Dan Samsung

Diterbitkan September 23, 2022 · Dikemas kini September 23, 2022 oleh Amalina Athman

Pengasas dan CEO SoftBank, Masayoshi Son menyatakan perancangannya untuk berjumpa dengan Samsung Electronic bagi membincangkan kemungkinan “pakatan strategik” antara gergasi teknologi dari Korea Selatan dan pembekal teknologi cip Arm, mengikut laporan Nikkei Asia.

Berkaitan

  • Arm Saman Qualcomm, Dakwa Guna Teknologi Tanpa Kebenaran
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang diberikan oleh SoftBank mengenai apa yang diperlukan dalam pakatan strategik tersebut. Laporan CNBC juga menyatakan Samsung enggan memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Terdahulu, SoftBank telah memperoleh Arm dengan nilai $32 juta (~RM146 juta) pada 2016. SoftBank juga pernah ingin menjual Arm kepada pembuat cip Nvidia, namun gagal.

Sehingga kini, Arm telah membekalkan teknologi cip yang dimiliki kepada pengeluar cip seperti Qualcomm dan Intel. Sekitar 90% daripada pasaran global telefon pintar mengandungi cip yang direka Arm.

Sumber: CNBC, Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY