Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arm Saman Qualcomm, Dakwa Guna Teknologi Tanpa Kebenaran

Arm Saman Qualcomm, Dakwa Guna Teknologi Tanpa Kebenaran

Diterbitkan September 1, 2022 oleh Amalina Athman

Pengeluar cip, Arm Ltd. kini dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Qualcomm dan Nuvia kerana mendakwa telah melanggar kontrak lesen dan tanda dagang.

Konflik itu tertumpu kepada pemilikan Qualcomm terhadap syarikat pemula Nuvia Inc. tahun lepas. Syarikat pemula itu membangunkan reka bentuk cip menggunakan lesen yang diberikan Arm pada tahun 2019.

Berkaitan

  • Qualcomm Perluas Cip Untuk Komputer Riba - Snapdragon 8cx Gen 3 Dan 7c+ Gen 3
  • Qualcomm Perlihat Teknologi iSIM, Tak Perlu Lagi Kad SIM Fizikal Dan eSIM
  • Qualcomm: Makin Tinggi 'Demand' Peranti Premium, Makin Sembuh Industri Cip

Namun, setelah Qualcomm mengambil alih Nuvia, Arm menyatakan Qualcomm tidak boleh menggunakan lesen Nuvia tanpa persetujuan Arm, selepas Qualcomm menyatakan bahawa ia merancang untuk menggunakan beberapa produk dan teknologi syarikat pemula itu.

Peguam Arm mendakwa pihaknya telah menghabiskan lebih daripada setahun untuk mencari jalan penyelesaian, akan tetapi rundingan itu gagal mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. Berikutan itu, lesen Nuvia telah ditamatkan pada Mac 2022.

Bagaimanapun, Arm mengesyaki bahawa Qualcomm masih meneruskan mereka bentuk cip menggunakan lesen yang telah ditamatkan dan merancang untuk menjualnya.

Bagi Qualcomm, pihaknya menyatakan Arm tidak mempunyai hak, berkontrak atau sebaliknya, untuk cuba mengganggu inovasi Qualcomm atau Nuvia. Tambahnya, aduan Arm juga mengabaikan fakta bahawa Qualcomm mempunyai hak lesen yang luas meliputi CPU rekaan tersuainya, dan mereka yakin hak tersebut akan disahkan.

Untuk rekod, Qualcomm juga mempunyai lesen Arm sendiri yang tidak dikaitkan dengan Nuvia. Dengan konflik yang berlaku, tidak dapat dipastikan jika ia akan menjejaskan lesen sedia ada atau sebaliknya.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY