Snapdragon 865 Akan Diumumkan Pada Awal Disember Ini

Seperti kebiasaan hujung tahun, Qualcomm akan mengumumkan model cip pemprosesan terkini siri Snapdragon. Untuk cip seterusnya, Snapdragon 865 akan menggantikan Snapdragon 855 dan 855+ sebagai model yang akan digunakan secara meluas pada tahun hadapan (2020).

Mengikut khabar angin, Snapdragon 865 akan menggunakan teknologi EUV 7nm Samsung dan juga teras terbaharu Cortex A-77. Ia juga bakal menggunakan pemprosesan grafik Adreno yang baharu dan juga menyokong RAM LPDDR5. Dijangkakan cip ini akan mempunyai 2 varian dengan kod nama 'Kona' dan 'Huracan'.

 

Salah satunya akan mempunyai sokongan 5G dengan modem Snapdragon X55 dan satu lagi tidak. Setakat ini tiada spesifikasi lain yang disahkan oleh Qualcomm sendiri dan kita hanya mendengar desas-desus dari pelbagai pihak sahaja.

Cip ini akan dilancarkan pada acara Snapdragon Tech Summit 2019 bermula 3 Disember sehingga 5 Disember ini.

Sumber: Winfuture

Berkaitan