Ia dipasarkan pada harga jualan RM2,199 dan sudah boleh mula dibeli hari ini juga.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin berukuran 12.5 inci (1920x1080) IPS LCD, cip Snapdragon 850, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB SSD.

Melalui cip dari Snapdragon, ia membolehkan sokongan LTE nano SIM, jangka hayat sehingga 10 jam melalui bateri 4,500mAh dan juga pengaktifan pantas komputer riba.
JOI Book SK3000 menjalankan Windows 10 Pro, hadir dengan port seperti USB-C dan microSD. Tambah menarik, ia hadir dengan rekaan hanya 1.05kg dan juga nipis 15mm.

Jika berminat, anda boleh mendapatkkan JOI Book SK3000 melalui kedai atas talian Shopee dan Lazada, dan juga pengedar rasmi lain seperti SNS Network, GLOO, dan juga laman rasmi JOI sendiri.

Untuk setiap pembelian tersebut, hadiah percuma perisian Microsoft 365 Personal dan beg eksklusif JOI akan diberikan. Namun, ia terhad hanya untuk 200 pembeli terawal sahaja.
Rujukan: JOI Book SK3000
Berkaitan
- Surface Book 3 Kini Boleh Dipra-Tempah Berharga RM7788 Di Malaysia, Surface Go 2 Pula RM1955
- Google Buang 25 Aplikasi Android Kerana Mencuri Maklumat Log Masuk Facebook
- Komputer Riba Tahan Lasak ASUS ExpertBook B9 Dijual Bermula RM6,299 Di Malaysia
- Bagaimana Facebook Boleh Tahu Barang Apa Yang Anda Beli?
- ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dijual Di Malaysia Bermula RM3,999 - Ultrabook Nipis, Kompak, Dan Ringan
- Facebook Umum Perkhidmatan Penstriman Permainan Yang Khusus Untuk Permainan Percuma Sahaja
- [Ulasan] Huawei MateBook X Pro 2020 - Laptop Premium Huawei Berharga RM7,999
- MacBook Air Dan MacBook Pro Terbaharu Tidak Akan Menyokong eGPU
- Polisi WhatsApp Baharu: "Kongsi Data Anda Bersama Facebook" Atau Tidak Boleh Gunakan WhatsApp
- Trump Disekat Dari Menggunakan Facebook Berikutan Isu Rusuhan Capitol