Di samping itu, Oppo juga memperkenalkan teknologi pengecasan terbaru mereka 65W yang berasaskan kimia 'gallium nitride' (GaN).
Bermula dengan skrin, Oppo Reno Ace hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci Amoled beresolusi FullHD+ dengan nisbah 20:9 dan juga 90hz.
Skrin dilindungi kaca Gorilla Glass 6 dan juga mempunyai pengimbas cap jari optikal di bawah skrin. Di bahagian atas skrin terdapat takuk 'waterdrop' kecil yang memuatkan 16MP kamera swafoto.
Untuk kamera belakang, terdapat 4 kamera dengan kamera utama 48MP Sony IMX586, 13MP kamera telefoto dengan 5X zum hibrid, 8MP sudut lebar dan 2MP kamera monokrom.
Dari segi perkakas, ia dijana oleh Snapdragon 855+ dipadankan dengan 12GB RAM dan juga 256GB storan dalaman berasaskan UFS 3.0. Oppo Reno Ace menjalankan Android 10 disadurkan dengan ColorOS 6.1.
Tarikan utama peranti ini adalah pengecasan terbaharu 65W SuperVOOC Flash Charge. Teknologi pengecasan baharu ini mampu mengecas penuh bateri Oppo Reno bersaiz 4,000mAh dalam masa 30 minit sahaja.
Oppo juga mengatakan pengecas 65W mereka adalah yang terkecil di pasaran disebabkan oleh teknologi berasaskan GaN tersebut.
Selain itu, ia juga menyokong USB-C berserta protokol pengecasan lain seperti Power Delivery dan juga Quick Charge Qualcomm pada 18W. Oppo Reno Ace mula dijual di China dengan 2 warna pilihan Psychedelic Purple, Starry Blue.
Harga bermula ¥2,999 (~RM1,765) untuk 8GB/128GB dan ¥3,799 (~RM2,236) untuk model 12GB/256GB.
Oppo juga turut melancarkan edisi khas Gundam untuk model 8GB/256GB berharga ¥3,599 (~RM2,118). Edisi khas tersebut didatangkan dengan aksesori dan diwarnakan khas.
https://www.youtube.com/watch?v=ffYqUnuKmJQ#action=share
Berkaitan
- GSC Malaysia Memperkenalkan Gaming Cinema - Perkhidmatan Sewa Pawagam Untuk Main Permainan Video
- OPPO Reno5 Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan Bahan Binaan Bercahaya Dalam Gelap
- Huawei Nova 7i Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Kirin 810, Kuad Kamera Dan Bateri 4200mAh
- ASUS ROG Zephyrus G14 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM4,499
- OPPO Mengumumkan ColorOS 7- Antaramuka Lebih Kemas, Minimal Serta Prestasi Peranti Dipertingkatkan
- ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dijual Di Malaysia Bermula RM3,999 - Ultrabook Nipis, Kompak, Dan Ringan
- Google Buang 25 Aplikasi Android Kerana Mencuri Maklumat Log Masuk Facebook
- Kesemua Produk Ekosistem Xiaomi Yang Turut Dijual Secara Rasmi Di Malaysia
- Huawei Malaysia Bekerjasama Dengan Aladdin Group Untuk Bangunkan Platform Sosial Dagang Berfokuskan Produk Halal
- Acer Predator Helios, Triton, Dan Nitro Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-10 Siri-H Dan Sistem Penyejukan Baharu