Ini Mungkin Rekaan Sony Xperia 10 III - Kelas Pertengahan Sony Dengan Snapdragon 690

Sejak tahun lepas, Sony mula menggunakan penamaan roman untuk model telefon pintar mereka seperti mana model sesebuah kamera.

Penamaan roman ini digunakan pada siri Xperia 1, Xperia 5, dan juga Xperia 10. Pada Februari 2020, Sony telah melancarkan Xperia 10 II yang merupakan generasi kedua untuk telefon kelas pertengahan mereka.

Memasuki tahun 2021, tiba masanya untuk generasi ketiga dipanggil (seperti yang dijangka) Xperia 10 III (dibaca: Xperia 10 Mark 3).

Melalui janaan 3D daripada @Onleaks, beliau memperlihatkan rekaan Xperia 10 III dengan rekaan yang tidak jauh berbeza berbanding model sebelum ini.

Sony merupakan satu-satunya syarikat yang masih meneruskan prinsip telefon tanpa takuk atau kamera punch-hole, jadi bezel masih lagi dimuatkan pada telefon pintar.



Dari spesifikasi dimensi fizikal yang diberi, Xperia 10 III adalah lebih pendek dan nipis berbanding Xperia 10 II, namun hanya sedikit lebih tebal 0.1mm sahaja.

Skrin yang disertakan adalah dari 6.0 inci manakala konfigurasi 3 kamera diletakkan pada bahagian hadapan.



Menurut sumber, kamera belakangnya adalah dari 12MP utama, 8MP sudut lebar, dan 8MP telefoto.

Sistem pembesar suara stereo masih lagi ada, sama juga dengan bicu audio 3.5mm. Jika melihat pada bahagian belakang, tiada pengimbas cap jari kerana sensornya diletakkan pada bahagian sisi seperti model sebelum ini.

Dikatakan ia mungkin hadir dengan cip Snapdragon 690, sebuah cip 5G yang turut sama menguasakan OnePlus Nord N10.



Buat masa ini, hanya ini sahaja maklumat mengenai Xperia 10 III. Masih belum lagi kedengaran bilakah Sony mahu melancarkan telefon ini.

Berikutan Xperia 10 II sebelum ini dilancarkan pada Februari 2020, mungkin pengguna boleh menjangka ia pada sekitar awal bulan hadapan.

Sumber: Onleaks

Berkaitan