Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 10

Redmi Note 10 Akan Dijana Cip Snapdragon 750G Dan Bateri 4,820mAh

Diterbitkan September 28, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri Redmi Note 10 kini sudah mula disebut-sebut menandakan pelancaran mereka.

Seperti siri-siri sebelumnya, siri Redmi Note bakal hadir dengan 2 model.

Untuk model asas iaitu Redmi Note 10, ia dilaporkan akan menggunakan cip dari Snapdragon 750G.

Cip ini baru sahaja dilancarkan baru sahaja seminggu lalu dan menawarkan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 732G.

Antara lainnya, Redmi Note 10 ini akan hadir dengan kapasiti bateri 4,820mAh. Sebagai perbandingan, siri Redmi Note 9 sebelum ini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5,020mAh.

Redmi Note 10 5G

Untuk spesifikasi Redmi Note 10 Pro pula, ura-ura sebelum ini mengatakan ia bakal dijana oleh cip dari MediaTek iaitu Dimensity 820.

Selain dari itu, tidak banyak yang diketahui namun dari segi reka bentuk, ia bakal hadir dengan rekaan seumpama Poco X3 NFC.

Redmi Note 10 Akan Dijana Cip Snapdragon 750G Dan Bateri 4,820mAh

Melalui sumber juga, dikatakan Redmi Note 10 dan Xiaomi Mi 10T Lite adalah merupakan satu telefon yang sama dengan penjenamaan berbeza.

Untuk Mi 10T Lite tersebut, ia bakal dilancarkan pada 30 September seiring dengan Mi 10T dan juga Mi 10T Pro.

Siri Redmi Note 10 ini pula belum lagi mendapat tarikh jangkaan pelancaran. Namun ia sudah tentu akan diperkenalkan dalam masa terdekat untuk bersaing dengan siri dari realme 7.

Sumber: Mysmartprice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY