https://www.youtube.com/watch?v=Q99ccKqG3bA&feature=youtu.be
Komputer desktop ini masih belum lagi mendapat namanya. Namun maklumat mengenai spesifikasinya sudah mula tersebar. Yang pertamanya, ia merupakan sebuah desktop untuk platform ARM dan juga sistem perisian berasaskan Linux.
Cip yang digunakan adalah 7nm Kunpeng 920 ARM v8 yang mempunyai 8 teras pemprosesan manakala papan induk yang digunakan adalah dari Huawei D90S10. Untuk grafik kad pula, ia adalah dari Yeston RX550.
Mengenai sistem operasi pula, ia menggunakan sistem 64-bit UOS yang merupakan modifikasi dari Linux. Ia juga turut hadir dengan gedung aplikasi sendiri. Sistem ini menggunakan 16GB DDR4 2666MHz RAM serta menyokong PCIe 4.0.
Untuk ujian komputer tersebut, ia mampu mencatatkan masa 11 minit 47 saat dalam ujian BMW Blender. Untuk sebuah cip 8 teras, masa yang diambil adalah agak lama jika dibandingkan dengan cip komputer desktop yang lain.
Komputer ini telah dibeli berharga 7,500 Yuan (~RM4,572) oleh pemilik akaun YouTube tersebut. Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan secara rasmi walaupun di China. Jika ada pun, tidak dapat dipastikan ia akan mendapat sambutan di luar negara China.
Sumber: YouTube
Berkaitan
- (Ulasan) Huawei Mate 40 Pro - Iterasi Pakej Telefon Pintar HMS Terbaik Setakat Ini
- AS Setuju Untuk Halang Syarikat Pengeluar Cip TSMC Daripada Berurusan Dengan Huawei
- Huawei Nova 6 5G Bakal Menjadi Model Pertama Siri Nova Dengan Rangkaian 5G
- Huawei Malaysia Bekerjasama Dengan Aladdin Group Untuk Bangunkan Platform Sosial Dagang Berfokuskan Produk Halal
- Qualcomm Sahkan Mereka Sedang Memohon Lesen Untuk Bekalkan Cip Kepada Huawei
- Sweden Kini Sekat Penggunaan Jenama Huawei Dan ZTE Untuk Rangkaian 5G Di Negara Mereka
- Huawei Y6p Dijual Pada Harga RM559 - Peranti Cip Helio P22 Dengan Bateri 5000mAh
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Huawei Akan Kehilangan LG Dan Samsung Sebagai Pembekal Skrin
- HONOR V40 Dijangka Jadi Telefon Pertama Dengan Servis Google Selepas Dijual Huawei