PUBG Mobile Diharamkan Di India, Namun Versi Ciplak 'PABJE' Pula Muncul Sebagai Alternatif

Dengan sekatan PUBG Mobile di India, para gamer di sana terpaksa mencari alternatif baharu untuk bermain permainan seumpama itu.

Sebelum ini kami melaporkan FAU-G sebagai salah satu pilihan mereka. Namun, antara alternatif yang muncul adalah PABJE yang kini sudah mencecah sehingga 100,000 muat turun di Play Store Android.

PABJE atau nama penuhnya Player And BattleJung End merupakan permainan percuma yang dibangunkan sendiri oleh One-Touch Games di India.

Ini adalah grafik permainan tersebut:



Permainan ini mempunyai beberapa persamaan dengan PUBG Mobile dan disebabkan itulah ia menarik perhatian ramai pihak.

https://twitter.com/techo_aj/status/1301454916217577474

Walau bagaimanapun, disebabkan grafik yang kurang menarik dan terlalu banyak iklan yang berselindung di sebalik permainan percuma ini, PABJE hanya kekal PABJE dan bukanlah PUBG Mobile seterusnya.

Permainan ini boleh dimuat turun percuma pada Google Play Store Android namun untuk iOS, ia tidak dijumpai di App Store. Tidak diketahui sama ada ia akan muncul untuk platform iOS atau tidak.

Namun, untuk anda yang mahu memuat turun permainan ini, muat turunnya atas risiko sendiri atas alasan privasi dan juga sekuriti telefon pintar.

Imbas kembali, PUBG Mobile adalah antara 118 aplikasi yang diharamkan di India disebabkan ketegangan yang berlaku antara China dan India. Selain PUBG Mobile, permainan lain seperti Arena of Valor dan Rise of Kingdoms juga turut diharamkan.

 

 

Berkaitan