Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapchat dan Instagram Membuang Fungsi Giphy Kerana Terdapat GIF Berbau Perkauman

Snapchat dan Instagram Membuang Fungsi Giphy Kerana Terdapat GIF Berbau Perkauman

Diterbitkan Mac 11, 2018 oleh Wiser MY

Snapchat dan Instagram buat sementara waktu telah membuang fungsi stiker Giphy GIF dari aplikasi mereka selepas pengguna melihat beberapa kandungan berbau perkauman yang sangat ekstrim.

Pengguna melaporkan perkara tersebut kepada TechCrunch dan melihat kedua-dua aplikasi Snapchat dan Instagram mengandungi bahan yang sama. Fungsi Giphy membolehkan pengguna menambah stiker berbentuk GIF ke dalam media gambar atau video mereka.

GIF yang memaparkan teks berbau perkauman itu telah membangkitkan kemarahan pengguna yang terganggu dengan GIF tersebut.

Snapchat dan Instagram Membuang Fungsi Giphy Kerana Terdapat GIF Berbau Perkauman

i (1)

Pihak Giphy tidak memberikan respon terhadap perkembangan ini dan pihak Instagram sedang menyiasat tentang perkara ini. Bagi Snapchat pula, ini merupakan tamparan baru kepada mereka selepas dikritik melakukan perubahan UI yang tidak disukai oleh sesetengah pengguna mereka. Mereka juga pernah terlibat dengan isu perkauman pada tahun 2016 apabila mencipta stereotaip ‘wajah kuning’ orang Asia untuk cermin augmented reality (AR). Snapchat telah pun membuat permohonan maaf mengenai isu terbaru ini dan sedang menyiasat mengenainya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY