Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

smart #5 Tampil Gaya Kembara ‘Outdoor Pack’ – Harga Bermula RM209,800 Bersama Sistem Audio Sennheiser

Posted on Jun 12, 2026

PRO-NET telah mempamerkan SUV elektrik andalan terbaharunya, smart #5, sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 di MITEC.

Membawakan tema global “Open Your Mind”, penampilan smart #5 kali ini memfokuskan kepada konsep gaya hidup kembara yang menggabungkan mobiliti urban mewah dengan ekosistem aktiviti luar (outdoor).

Di pasaran tempatan, smart #5 ditawarkan dalam dua varian utama dengan struktur harga atas jalan seperti berikut:

  • smart #5 Premium: RM209,800 (Jarak gerak sehingga 590km)
  • smart #5 BRABUS: RM259,800 (Jarak gerak sehingga 540km)

Bagi menarik minat pengembara tegar, PRO-NET memperlihatkan smart #5 yang dilengkapi pakej aksesori rasmi Outdoor Pack dan Adventure Pack pada harga kombo khas.

Antara aksesori tulen siri kembara yang diperkenalkan termasuklah Roof Carrier (rak bumbung) untuk muatan tambahan, Side Bag (beg storan sisi) kalis cuaca, serta Side Ladder (tangga sisi) mekanikal untuk akses bumbung yang lebih mudah.

Di samping itu, smart turut menyediakan sembilan pilihan aksesori rasmi lain seperti rel bumbung (Roof Rails), jaring kargo, serta pelapik lantai jenis TPE khusus untuk bahagian but dan frunk depan kenderaan.

Selain penawaran aksesori fizikal, keupayaan smart #5 untuk pemanduan jarak jauh disokong oleh mod terbina Camping Mode.

Ciri ini membolehkan sistem pendingin hawa, pencahayaan, dan kuasa elektrik kenderaan dioptimumkan sebagai ruang rehat mini ketika bermalam di kawasan perkhemahan.

Ruang kabin SUV mewah ini turut menerima sentuhan premium menerusi integrasi sistem audio andalan daripada Sennheiser yang menawarkan kualiti bunyi imersif gred dewan konsert sepanjang pemanduan.

Orang ramai kini boleh melihat jentera smart #5 versi kembara ini secara dekat serta meneroka pakej promosi aksesori eksklusif sepanjang tempoh pameran KLIMS 2026 berlangsung di MITEC sehingga 21 Jun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress