Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hyundai Lancar IONIQ 5 N Dan IONIQ 6 N Di Malaysia – Dua EV Berprestasi Gred Litar Pada Harga Bermula RM443,888

Posted on Jun 11, 2026

Hyundai Motor Malaysia (HMY) rasmi melancarkan dua model kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi pertamanya untuk pasaran tempatan, iaitu Hyundai IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N. Penampilan sulung kedua-dua jentera gred litar ini dilakukan sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang berlangsung di MITEC, sekali gus memperkenalkan era baharu segmen “performance EV” buat peminat automotif tanah air.

Dibangunkan di bawah sub-jenama prestasi Hyundai N berpandukan tiga pilar utama—Corner Rascal, Everyday Sports Car, dan Race Track Capability di mana kedua-dua model ini menerima sentuhan kejuruteraan terus daripada DNA kejohanan World Rally Championship (WRC).

Setiap unit dibina di Pusat R&D Namyang, Korea Selatan, sebelum menjalani proses pengesahan dinamik yang ketat di litar ikonik Nürburgring Nordschleife sepanjang 20.8 kilometer.

Model pertama, Hyundai IONIQ 5 N (pemenang 2024 World Performance Car) merupakan sebuah crossover litar yang menjana kuasa mencecah 650PS menerusi fungsi N Grin Boost.

Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 260 km/j, serta menawarkan jarak gerak praktikal sehingga 448km (WLTP).

Model ini dimuatkan dengan siri simulasi pemanduan manual N e-Shift (meniru kotak gear klac berkembar 8-kelajuan), N Active Sound+, dan N Drift Optimiser.

Di Malaysia, IONIQ 5 N dijual pada harga rasmi RM443,888 atas dasar binaan mengikut tempahan (built-to-order).

Sementara itu, Hyundai IONIQ 6 N yang dinobatkan sebagai 2026 World Performance Car tampil sebagai sedan elektrik berprofil aerodinamik dengan pekali heretan (drag coefficient) serendah 0.27 Cd.

Menggunakan hamburan kuasa yang sama iaitu 650PS, reka bentuk sedan ini membolehkan pecutan 0-100 km/j diselesaikan dengan lebih pantas dalam masa 3.2 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 257 km/j serta jarak WLTP yang lebih jauh sehingga 487km.

Seperti adiknya, IONIQ 6 N turut dilengkapi sistem Electronically Controlled Suspension (ECS) dan ditawarkan pada harga RM449,888 secara built-to-order.

Sesi tempahan kini boleh dilakukan melalui pengedar sah Hyundai N yang dilantik termasuk di Selangor/Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kuching.

Selain pelancaran siri N, HMY turut memamerkan barisan model sedia ada seperti Tucson, Santa Fe, dan Staria di MITEC dari 12 hingga 21 Jun, lengkap dengan pameran jelajah trofi bola sepak Hyundai Cup Trophy Tour serta tawaran rebat tunai promosi Jun sehingga RM36,000 untuk stok pembuatan tahun 2025.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress