Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12s ultra

Skor Markah DxOMark Bagi Kamera Xiaomi 12S Ultra Lebih Rendah Berbanding 11 Ultra

Diterbitkan September 2, 2022 ยท Dikemas kini September 2, 2022 oleh ariff bukhari

Platform penanda aras DxOMark telah pun memberikan skor markah bagi keupayaan kamera telefon pintar Xiaomi 12S Ultra sebanyak 138 markah.

Markah itu menjadikan kamera Xiaomi 12S Ultra berada di tangga ke-5 dalam kedudukan kamera telefon pintar terbaik global setakat ini.

Walaubagaimanapun, markah yang diterima Xiaomi 12S Ultra sebenarnya adalah lebih rendah berbanding model terdahulunya iaitu Xiaomi Mi 11 Ultra yang terima skor sebanyak 143 markah.

xiaomi 12s ultra 2
Xiaomi 12S Ultra hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Sekaligus meletakkannya di tangga ke-3 sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik di peringkat global ketika ini.

Berkaitan

  • DxOMark: Pixel 6 Pro Tewas Dengan Mate 40 Pro dan iPhone 13 Pro
  • vivo X70 Pro Raih Skor 131 DxOMark, Tangga Pertama Dalam Carta Bagi Kategori Premium
  • Perbandingan Gambar - Xiaomi 12S Ultra, Galaxy S22 Ultra Dan iPhone 13 Pro

Antara ulasan utama oleh DxOMark adalah mereka menyatakan kualiti imej dari kamera Xiaomi 12S Ultra sebagai tidak konsisten.

“12S Ultra juga ketinggalan sedikit di belakang pendahulunya sendiri, Xiaomi Mi 11 Ultra berbanding tahun lepas di beberapa kategori ujian kamera” DxOMark

Walaubagaimanapun, skor markah kamera Xiaomi 12S Ultra adalah 1 mata lebih tinggi berbanding kamera telefon pintar Apple iPhone 13 Pro yang hanya terima skor markah 137 sahaja.

Ulasan penuh ujian kamera Xiaomi 12S Ultra boleh dilihat di laman rasmi dxomark.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY