vivo X70 Pro Raih Skor 131 DxOMark, Tangga Pertama Dalam Carta Bagi Kategori Premium

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia sekitar September tahun lepas, vivo X70 Pro menjadi bualan hangat peminat kerana kerjasama dengan Zeiss. Terbaru, telefon pintar tersebut telah meraih skor 131 melalui platform tanda aras DxOMark, sekaligus meletakkanya ditangga teratas bagi kategori Premium.



Bagi kelompok lima teratas dalam kategori ini, vivo X70 Pro merupakan satu-satunya wakil dari Android, dimana kedudukan kedua sehingga kelima didominasi oleh Apple menerusi siri iPhone 12/mini dan siri iPhone 13/mini.

Markah yang diberikan itu adalah berdasarkan keupayaan sistem kamera telefon tersebut memberikan hasil yang baik ketika rakaman rendah cahaya, julat dinamik yang luas, cemerlang dalam penghasilan warna, kejituan autofokus dan penstabilan video yang berkesan.

Imbas kembali sistem kamera, telefon pintar ini dilengkapkan dengan kamera sudut lebar 50MP, lensa periskop 8MP, telefoto 12MP dan ultra-lebar 12MP. Sementara itu, rakaman hadapan digalas oleh kamera 32MP.

Untuk makluman, platform DxOMark membahagikan carta ini kepada beberapa kategori terdiri daripada Essential, Advanced, High-End, Premium dan Ultra Premium. Sekiranya diambil dari kedudukan keseluruhan, vivo X70 Pro berada di tangga-14, berkongsi skor yang sama (131) bersama OPPO Find X3 Pro dan vivo X50 Pro+.

Sumber: Siaran Akhbar vivo