DxOMark: Pixel 6 Pro Tewas Dengan Mate 40 Pro dan iPhone 13 Pro

Generasi ke-6 Pixel dilancarkan baru-baru ini hadir dengan reka bentuk kamera belakang yang baru berserta dua tona warna yang menjadikannya sangat unik selain menjadi peranti pertama dijanakan cip Google Tensor.

DxOMark telah mengumumkan markah untuk Pixel 6 Pro iaitu sebanyak 135 mata dan meletakkannya di tangga ketujuh secara keseluruhan. Pixel 6 Pro memperoleh 143 mata untuk gambar, 115 mata untuk video dan 71 mata untuk zum.



Pujian diberikan pada peranti ini atas kemampuannya mengekalkan butiran gambar, mengalahkan Apple iPhone 13 Pro namun bagi yang pernah menggunakan peranti Pixel, ini sememangnya hakikat yang telah lama diketahui. Pun begitu, di tempat ke-7 bermakna ia berada di belakang Huawei P50 Pro, Mi 11 Ultra, iPhone 13 Pro dan bahkan model lama iaitu Huawei Mate 40 Pro.



Walaupun begitu, antara kelemahan bagi kamera Pixel 6 Pro ialah ketidakstabilan warna dan 'noise' dalam video serta masalah penstabilan autofokus dalam video ketika situasi yang mempunyai kurang cahaya. Masalah kualiti video pada peranti Pixel bukanlah baru bahkan bagi pengguna Pixel sendiri mereka masih mengesyorkan iPhone untuk rakaman video.

Namun, adakah anda mementingkan skor daripada DxOMark ini semata-mata atau lebih gemar menilai berdasarkan pengalaman sendiri mahupun perkongsian rakan-rakan?

Sumber: DxOMark

Baca juga: